Manfaat Baucer Jom Shopping RM100 Setahun Untuk Warga Emas Dan OKU

Semakan Ahli

Senarai Program Jom Shopping

Skim Mesra Usia Emas

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) merupakan salah satu agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi mula beroperasi pada 1 Oktober 2008.

Sebelum ini Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dikenali sebagai sebuah skim khairat kematian untuk warga emas dan OKU yang layak dengan nilai sebanyak RM 2,500. Walaubagaimanapun, mulai 1 Mei 2019, program khairat kematian telah dihentikan dan digantikan dengan pemberian manfaat semasa hidup untuk semua ahli yang berdaftar di bawah skim ini.

Ahli SMUE akan menerima baucer beli-belah bernilai RM100 dan program akan dijalankan di pasaraya-pasaraya yang terpilih di kawasan mereka. Pemberian manfaat yang dikenali sebagai program Jom Shopping SMUE ini akan diberikan mengikut bulan kelahiran ahli tersebut.

Oleh yang demikian, mana-mana warga emas/OKU yang menepati syarat permohonan SMUE dan masih belum mendaftar hendaklah segera berbuat demikian di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat bagi melayakkan mereka menerima manfaat ini. Maklumat lanjut berhubung semakan status permohonan SMUE, sila layari laman sesawang - Klik Disini - atau hubungi YAWAS Careline di talian 03-5481 8800.

Maklumat Permohonan SMUE

Untuk mendapatkan manfaat Jom Shopping SMUE ini, pemohon perlu mendaftar dahulu di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Panduan mengisi borang permohonan SMUE adalah seperti berikut :

1) Terbuka kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan OKU. (Tertakluk pada syarat-syarat kelayakan permohonan SMUE)

2) Permohonan adalah PERCUMA dan borang permohonan boleh didapatkan di seluruh pejabat Pusat Khidmat DUN di Negeri Selangor.

3) Pendaftaran adalah mengikut alamat tempat tinggal seperti yang dinyatakan di dalam Mykad Pemohon SAHAJA. (Tertakluk kepada alamat di kawasan Negeri Selangor sahaja)

4) Pemohon yang lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di luar Negeri Selangor TIDAK LAYAK untuk didaftarkan sebagai Ahli dan menerima sebarang manfaat di bawah skim ini.

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan SMUE

Kategori Warga Emas :

i. Merupakan WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN

ii. Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU

iii. Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan; ATAU

iv. Bukan kelahiran di Negeri Selangor dan sedang bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN

v. Pemohon perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja; DAN

vi. Jawatan pengesah yang dibenarkan untuk mengesahkan taraf mastautin pemohon adalah seperti berikut :

     a. Ahli Parlimen/ Senator
     b. ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
     c. Penghulu / Ketua Kampung
     d. Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
     e. Pengerusi Taman Perumahan
     f. Nazir / Ketua Tokong / Kuil / Gereja

Kategori OKU :

i. Merupakan WARGANEGARA Malaysia; DAN

ii. Tiada had umur bagi pemohon OKU yang lahir di Negeri Selangor; ATAU

iii. Pemohon OKU yang bukan kelahiran Negeri Selangor mestilah sedang menetap di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN

iv. Pemohon OKU bukan kelahiran di Negeri Selangor perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja; DAN

v. Jawatan pengesah yang dibenarkan untuk mengesahkan taraf mastautin pemohon adalah seperti berikut :

     a. Ahli Parlimen/ Senator
     b. ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
     c. Penghulu / Ketua Kampung
     d. Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
     e. Pengerusi Taman Perumahan
     f. Nazir / Ketua Tokong / Kuil / Gereja

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

1. Salinan MyKad Pemohon; ATAU

2. Salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (untuk pemohon OKU).


NOTA PENTING :

• Bagi Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor, pengesahan taraf mastautin hendaklah dibuat oleh pengesah yang dibenarkan dan mestilah di kawasan tempat tinggal pemohon SAHAJA.



Sila Klik Untuk Membuat Semakan Jemputan


Semakan



Hubungi Kami


Alamat

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.

Email

pertanyaan.yawas@gmail.com

Hubungi Kami

03 5481 8800