• Keseluruhan
  • Pengenalan
  • Manfaat SMUE
  • Syarat Permohonan
  • Cara Permohonan
  • Tuntutan Khairat Kematian

Pengenalan SMUE

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) telah dilancarkan pada bulan Ogos 2009. Program ini merupakan salah satu program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Ia diwujudkan bertujuan untuk memberi manfaat kepada golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) di Negeri Selangor yang menepati syarat kelayakan.


Di awal pelaksanaan program ini, pemberian manfaat diberi dalam bentuk wang khairat kematian bernilai RM 2,500.00. Namun, ia dihentikan pada 1 Mei 2019 dan digantikan dengan manfaat kepada ahli SMUE semasa hidup iaitu pemberian baucar beli-belah bernilai RM 100.00 pada bulan kelahiran.


Dalam pengumuman Ucapan Bajet Negeri Selangor oleh YAB Menteri Besar Selangor pada 30 November yang lalu, Dato’ Seri Amiruddin bin Shari telah mengumumkan, manfaat khairat kematian diwujudkan semula bermula pada Januari 2021. Oleh yang demikian, bermula 1 Januari 2021, setiap ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat iaitu baucar beli-belah RM 100.00 pada bulan kelahiran dan juga khairat kematian bernilai RM 500.00.

Manfaat SMUE

Bermula 1 Januari 2021, setiap permohonan yang berjaya, ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat di bawah program ini. Manfaat tersebut adalah seperti berikut:

Baucar Beli-Belah RM 100 (Manfaat Semasa Hidup)

  • Ahli akan menerima baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. Penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.
  • Ahli dikehendaki untuk memastikan maklumat seperti nombor telefon sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan ahli terlepas pemakluman

Khairat Kematian RM500 (Manfaat Selepas Kematian)

  • Jumlah manfaat yang diterima adalah RM500
  • Tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.
  • Pembayaran akan dibuat samada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris.
  • Sekiranya nama simati belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu dalam tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia.

Syarat Permohonan

Permohonan SMUE mempunyai 2 kategori iaitu Warga Emas (60 tahun dan Keatas ) dan Orang Kelainan Upaya (OKU). Permohonan boleh didaftarkan semasa hidup atau selepas kematian.

Permohonan selepas kematian perlu didaftarkan oleh pewaris terdekat

Kategori Warga Emas

  • Warganegara Malaysia; DAN.
  • Berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
  • Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DAN
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Kategori OKU

  • Warganegara Malaysia; DAN.
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian); DAN
  • Tiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
  • Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja); DAN
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
NOTA: Pengundi bagi kategori OKU hanya tertakluk kepada yang layak mengundi iaitu berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan secara manual (mengisi borang) atau juga secara atas talian

Penerangan serba ringkas cara permohonan SMUE

  • Permohonan atas talian boleh Klik Disini
  • Permohonan secara manual perlu memuat turun borang dan hantar ke Pejabat YAWAS atau pusat Khidmat Masyarakat yang berhampiran. Borang permohonan boleh Muat Turun Disini
  • Dokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar bersama borang permohonan. Bagi permohonan atas talian borang permohonan perlu dicetak setelah mengisi maklumat permohonan
  • Permohonan secara atas talian perlu mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah permohonan dibuat
  • Kegagalan menghantar dokumen yang lengkap akan menyebabkan permohonan tidak lengkap sekaligus melambatkan proses penerimaan manfaat

Cara Tuntutan Khairat Kematian

Cara permohonan tuntutan ada 2 jenis, sama ada pemohon telah berdaftar sewaktu hidup atau pewaris ingin membuat permohonan baru untuk membuat tuntutan khairat kematian

Permohonan selepas kematian atau tuntutan khairat kematian perlu didaftarkan oleh pewaris terdekat

Permohonan yang dibuat sebelum meninggal dunia

  • Pewaris berdaftar perlu mengisi Borang Tuntutan Khairat Kematian SMUE yang boleh didapatkan di pejabat Pusat Khidmat DUN atau Muat Turun Disini
  • Lampirkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:
    i. Borang Tuntutan Khairat Kematian SMUE
    ii. Salinan Sijil Kematian Ahli SMUE
    iii. Salinan Kad Pengenalan Pewaris
    iv. Salinan Muka Depan / Penyata Bank Pewaris
  • Hantar Borang Tuntutan Khairat Kematian SMUE dan dokumen sokongan seperti di atas ke Pusat Khidmat DUN yang berhampiran.
  • Pembayaran secara pindahan wang ke akaun waris akan dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap ke pejabat YAWAS.
  • Nama Pewaris yang ingin menuntut khairat mestilah sama dengan nama penama pewaris yang telah didaftarkan didalam sistem. sekiranya berbeza pewaris perlu mengisi Borang maklumat kemaskini Pewaris. Muat Turun Disini

Permohonan selepas kematian (Perlu mohon 6 bulan dari tarikh kematian)

  • Pewaris perlu mengisi Borang Permohonan SMUE dan Borang Tuntutan Khairat Kematian SMUE yang boleh didapatkan di pejabat Pusat Khidmat DUN atau Muat Turun Disini
  • Lampirkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan. Sila rujuk senarai semak dokumen Disini
  • Hantar Borang Permohonan dan Tuntutan Khairat Kematian SMUE bersama dokumen sokongan seperti di atas ke Pusat Khidmat DUN berdekatan.