Manfaat SMUE
Bermula 1 Januari 2021, setiap permohonan yang berjaya, ahli SMUE akan menerima dua (2) jenis manfaat di bawah program ini. Manfaat tersebut adalah seperti berikut:
Baucar Beli-Belah RM 100 (Manfaat Semasa Hidup)
- Ahli akan menerima baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. Penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN.
- Ahli dikehendaki untuk memastikan maklumat seperti nombor telefon sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan ahli terlepas pemakluman
Khairat Kematian RM500 (Manfaat Selepas Kematian)
- Jumlah manfaat yang diterima adalah RM500
- Tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021
- Tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja.
- Pembayaran akan dibuat samada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris.
- Sekiranya nama simati belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu dalam tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia.