03 5481 8800

Pengenalan Skim Mesra

Program Skim Mesra Usia Emas telah dilancarkan pada bulan Ogos 2009. Ia merupakan salah satu program yang tersenarai di bawah Iltizam Selangor Penyayang. Program ini menyasarkan golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sebagai penerima manfaat di bawah skim ini.Pemohon yang layak akan menerima manfaat baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih setiap tahun seumur hidup dan juga khairat kematian RM 500 sekiranya mereka meninggal dunia.

Namun begitu, memandangkan nama Skim Mesra Usia Emas sering disinonimkan sebagai skim untuk warga emas walaupun ia turut dibuka untuk golongan OKU, maka ada keperluan agar nama program disesuaikan mengikut golongan sasar. Oleh yang demikian, berkuatkuasa 1 Januari 2023, Skim Mesra akan menjadi nama utama bagi program ini dimana kategori program untuk golongan warga emas akan dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan bagi golongan OKU pula akan dikenali sebagai Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

Bukan itu sahaja, berdasarkan dari ucapan belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 25 November 2022 yang lalu, telah diumumkan kenaikan jumlah nilai baucar beli-belah di pasaraya terpilih dari RM100 kepada RM150 yang akan dilaksanakan bermula Januari 2023.

Selain itu, bermula tahun 2023 juga, ahli boleh mengambil baucar di pejabat Pusat Khidmat DUN atau kaunter yang ditetapkan sepanjang tahun tanpa perlu menunggu bulan kelahiran mereka seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Statistik Ahli SMUE

403,005

Statistik Ahli SMIS

23,284

test2